Wednesday, May 23, 2012

Family Day 2012

Nak update pasal family day ofis yang dah basi. Kalau mayat mau dah membusuk dan mereput. Wahh...perumpamaan tak boleh blah! Sebasi dan sereput mana pon kena update jugak sebab perancangan nak buat family day ni amek masa lagi tua dari umur Naufal. Sejak tahun 2009 tu rancang. Tapi asyik tak jadi. Alhamdulillah tahun ni tanggal 28 April, jadi jugak. Tu pon lepas mandat diserahkan kepada orang lain yang 'tak berapa busy'. Bagi kat aku ngan si Esaini tu tak bergerak le (bajet busy la konon.haha...)

Susah nak arrange sebab ada beberapa kekangan.

1. Staff kat ofis aku tu bukan ramai sangat. 15 kerat ja. 11 orang je yang boleh pegi. Nak meramaikan majlis, open la kalau ada sesape nak bawak saudara lain. Aku bawak anak buah 2 orang sebab nak mintak tolong jaga Naufal. Kejam sungguh! Pandai betoi manipulasi orang. Huhu.... Yang paling ramai angkut sedara adalah bos aku la. Sampai 13 orang dia bawak. Kitaorang cakap ini dah jadi family day bos ni, bukan family day CTM!

2. Bajet. Hanya mengharapkan duit kelab dan sumbangan bos kami yang sangat pemurah tu. Tengok jabatan besar-besar or orang swasta pegi family day sekupang pon tak yah keluaq. Kami ni, kena la topup sendiri jugak. Yang kesian pada yang family besar la kena keluar banyak la. Bos aku pulak jenis tak suka sponsor-sponsor. Dia takot orang cakap rasuah. Baguih betoi! So, tak boleh la buat kat tempat canggih-canggih. Jadinya lokasi family day bajet kami ialah Pedas Hot Spring


 first game - terompah gergasi. sakit gile terompah ni!




 kutip gula-gula (yang disponser oleh Ayah naufal)

bukan main lagi qeisya umairah! naufal dapat kutip 5 biji je kot.


 ini adalah pembolot hadiah! haha...


 susun puzzle~dapat no 2 ;p


 gelung berantai

 ni pulak sesi mandi manda Naufal






Tak sempat nak ambil gambar ramai-ramai kat banner yang siap last minute
 
with ojie, akif n qeisya umairah. naufal busy main air

0 chocolate bar left:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...