Wednesday, May 23, 2012

IT Expert?

Yeyy... Kursus habis awal dari dijadualkan. Sepatutnya penutup esok pagi tapi sebab semua presentation dah selesai, malam ni jugak diorang tutup. So, dapat la berjalan ke rumah mak lang ku lagi. Kali ni punya misi nak tengok dan belajar cara buat apam pokedot ;p. Walaupon tak dapat stay sampai kenduri sepupuku itew, at least dapat jugak la tolong menyibuk. Hehe...

Sedikit pemerhatian, pandangan dan kesimpulan mengenai kursus 3 hari ini adalah seperti di bawah: 

Salah satu objektif kursus ni ialah supaya PTM dapat mendalami bidang pengkhususan ICT berasakan 8 bidang kepakaran ICT sektor awam (Pembangunan Sistem, Pelan Strategik ICT, Pengurusan Projek, Pengurusan Maklumat, Pengurusan keselamatan ICT, Pengurusan Rangkaian, Pengurusan Pusat Data dan Pengurusan Pangkalan Data). Kursus ni masuk bawah Pengurusan Keselamatan ICT la. Targetnye nak ada 50 IT expert (in security) by 2020. Tapi mengikut kata Dr. Suhazimah, sekarang baru ada 2 orang. Waa... Aku tentunya tak masuk senarai langsung. Tak sanggup rasenye teman.

Semasa dan selepas kursus ni aku masih memikirkan macam mana la nak implement (at least) DRP (Data Recovery Plan) kat agensi aku tu? Dengar macam senang je. Macam backup n restore je kot. Tapi...
DRC dan BCP (or PKP) tak yah cerita la. Jauh panggang dari api kot. Buat caselet kat sini pon pening kepala. Ye la, benda kena banyak fikir. Terkejut otak aku dibuatnya. Dah lama tepu je. Tiba-tiba kena berfikir secara kreatif dan kritis pulak. Ohh...so not me lah! Kagum betul la dengan orang yang duduk MAMPU ni. Agensi senang je. Apa-apa biar MAMPU fikir. Haha... Tak senonoh! 

At least dapat jugak knowledge apa itu Business Impact Analysis (BIA), DRP, DRC (Data Recovery Center) dan macam mana nak buat Risk Assessment untuk agensi. Tapi benda ni bukan kerja satu kepala. So, jangan anggap mai kursus ni balik boleh terus implement ye cik bos ;p

  
Fasilitator/penceramah sangat expert pasal semua perkara yang disebutkan di atas tu (kagum lagi). Salah seorang fasilitator semasa kursus:

Dr. Suhazimah dari MAMPU. Suka cara dia gelak ;p

Kesimpulannya, kursus yang bagus untuk melahirkan PTM yang lebih berpengetahuan teknikal dalam bidang Keselamtan ICT. Banyak lagi nak kena belajar untuk jadi macam Dr. Sue ni. Sanggup dengan tak je. Tau dah jawapan aku-TAK! (tak berinisiatif untuk memajukan diri sendiri langsung! Huhu...)

2 comments:

  1. wahh...tetiba aku teringat wat paper utk submit kt MAMPU... xmampu den... ntah ape jd paper tue gamaknya.. hahahaha...

    ReplyDelete
  2. aku ni payah sikit.sbb dah kena penyakit M.haha...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...