Friday, May 18, 2012

Kursus vs Naufal

Minggu depan kena berkursus lagi. Tajuk macam menarik - Trek Pengurusan Keselamatan ICT. Masalahnya jauh sangat kursusnya. Kena la tinggal Naufal. Sedihnye... Tak pernah lagi tinggal Naufal lama-lama. Bila Mama Naufal offer Naufal tido rumah dia pun aku tak sanggup walaupon satu malam. Inikan pulak nak tinggal dekat seminggu. Tambah pulak Naufal dok batuk & selsema dah nak masuk 3 minggu. Lagi la berat hati nak tinggal. 

Sebelah hati nak pegi kursus tu sebab rugi pulak kalo tolak (tak boleh tolak pon sebab wajib melainkan ada alasan kukuh) dan sebelah lagi memikirkan Naufal yang tak berapa sihat tu. Bos pon suruh pegi sebab susah nak dapat kursus JPA. Takot kalau tolak nanti diorang dah tak nak panggil.

Petang ni nak bawak Naufal gi OPD (Naufal asyik melawat aunty-aunty kat ofis ibu je la). Harap-harap tak kena masuk wad. Minggu lepas doc dah suruh masuk wad tapi aku tak nak. Nasib baik lepas amek NAB ok sikit kahak dia. Semalam batuk lagi sampai kena muntah dulu baru boleh tido. Kesian pulak nak tinggalkan dia kat Mama dia kalau dok muntah tu. Kesian akak tu nak kena membasuh muntah pulak.

Jiran kat rumah suruh pegi sedut kahak tu. Dia cakap memang la kesian sebab sakit tapi lepas buat tu takde la dia kerap batuk dah. Anak dia dulu pon macam tu. So tengah memikirkan macam mana. Kalau doc soh masuk wad nak try tanya la.

p/s: Doakan Naufal baik-baik saja ye!

3 comments:

  1. tu la.. bila dah ada anak ni nak pegi kursus jauh-jauh memang berat hati. hati berbelah bahagi.
    sekarang ni pun aku kalau boleh biarlah kursus kt office or area yg dekat2 je.. wpun jeles jgk kt org yg pergi kursus duk kt hotel2 ni..

    tapi demi anak, kena korbankan perasaan tu.. huhu

    chayok chayok ummi

    ReplyDelete
  2. saya kalau anak2 batuk kahak, memang sangat2 lega bila diorang muntah.Sebab melalui muntah tu la diorang dapat keluarkan lendir kahak tu... selagi yg kuar tu kahak tak perlu risau.

    ReplyDelete
  3. azza:
    kalau dia tak sakit aku ok sikit.sbb dia pon mmg lg suka dok rumah pengasuh.kdg2 p amek tak mau balik.
    tgk la ptg ni mcm mana.

    lady scooter:
    memang kalau boleh nak dia muntah.kadang-kadang masa mandi sy jolok tekak nak soh dia muntah.tak tahan tengok dia batuk.lepas muntah baru tido lena.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...