Monday, June 4, 2012

Sedut Kahak

Semalam bawak Naufal gi Klinik Wangsa kat Wangsa Maju untuk sedut kahak. Pegi atas saranan jiran depan rumah. Tak tahan sangat sebab asyik batuk je. Baru baik seminggu dah batuk balik. Sampai klinik pukul 9 pagi dah ada 6 orang mak bapak tunggu dengan anak masing-masing. Aku pulak hanya berdua dengan Naufal. Mesti orang ingat aku ibu tunggal. Haha... Padahal aku adalah ibu yang berdikari!

Sementara tunggu turn dah dengar ada baby meraung. Adeh laa... Luluh hati ku yang sememeh ini. Tengok sikit gambar budak yang tak sihat ni. Bagi chance buas sebelum menangis sakit.

korek beg cari trompet ;p

senyummm...

Masuk je consultation room doc tu tanya history pernah masuk wad ke tak. Of course lah. Tiap-tiap tahun check-in doc oii... Loteh den! Antara bebelan Dr Nadir Khan:

I tahu u mesti dah biasa dengar doc cakap jangan minum ais, jangan makan ais krim elak benda sejuk. Tapi I tak pantang semua tu. Pantang I satu je - ubat batuk. U know why, bila budak batuk, U bagi pulak ubat batuk untuk hentikan batuk dia. Tapi kahak tu still ada kat dalam. Bila dah bayak kahak beku masalah sama akan berulang. That's why budak yang takde asma boleh jadi asma. So, I know U come here because U want to hear a different solution, right? Pastu bla...bla...bla... Aku angguk aje la.

 Doc tu cakap selalunya dia sedut baby je. Dia cakap aku lambat datang. Sepatutnya masa Naufal masuk wad mula-mula dulu dah kena datang. Sebab tu sampai skarang dia asyik batuk je. So kalau baby-baby anda dari kecik dah batuk-batuk better pergi sedut je. Walaupon sakit tapi untuk kebaikan masa hadapan dia. Dari kena berulang amek neb je kan.

Sebelum sedut kena amek neb dulu untuk cairkan kahak. Naufal pulak biasa la bila neb tak nangis tak sah. Doc tu pulak suruh letak jugak. Jenuh jugak la ibu yang berdikari ni nak menahan rontaan dia. Punya la kuat. Sampai kena mintak bantuan misi kat klinik tu tolong pegang kepala. Kesian betul dengar dia meraung sakittttt.... Ibu pon sikit lagi nak nangis jugak. Huhu... 

Lepas neb doc tu sedut kejap je. Tak keluar semua pon. Dia cakap kalau tak ok lagi nanti datang lagi bila dia free sikit. Tah bila nak free pon tak tau. Balik rumah doc suruh letak air panas campur vics bagi dia hidu wap. Sambil tu tepuk belakang n dada dia

Keluar je dari bilik doc, huyaii, lagi ramai orang. Nasib baik datang awal. Pukul 10 dah boleh balik. Kalau lambat tah berapa lama nak tunggu.


Budak yg keletihan selepas semua tenaga digunakan untuk meronta sebab tak nak amek neb

 tetap tak leh tahan silau

So petang tu kitaorang mengaplikasikan la cadangan doc tu. Lepas tu dah kurang dengar kahak dia. Walaupon tak muntah tak pe la sebab dia telan kahak tu. Kena repeat lagi harini. Cadangan aku nak je beli neb. Nanti nak try tanye klinik kalau diorang ada supplier boleh dapat murah sikit. Spare kot-kot emergency tengah malam.Malam-malam ibu pon tak mampu kot nak berdikari bawak adik gi hospital.

Cepat sihat ye Naufal!

4 comments:

  1. UMI..KAK NORA PERNAH BAWAK AWATIF TIME DIA UMUR TAK SAMPAI SETAHUN LG..TIME TU DUK MERANGKAK..BAWAK KAT KLINIK NIH LA..HEHEHEHE..

    ReplyDelete
  2. naufal..sian dia kena sedut..takpa, asalkan mujarab

    ReplyDelete
  3. Kak nora:ya ka k.nora?umi baru tau ja.klo tau dulu awai lg p sedut.awatif cana lani?ada batuk gak ka lepas tu?

    Linda:doc tu sedut sikit ja.x puas ati aku.klo bleh nak ja soh dia sedut sampai habis.

    ReplyDelete
  4. Anak saya pun pernah admit hospital masa berumur 10 bulan, sebab ada kahak kat paru-paru. Alhamdulillah sekarang semua dah ok.

    Jemput ke blog saya, saya ada kongsikan petua untuk keluarkan kahak secara tradisional.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...