Thursday, June 7, 2012

Supplement Untuk Cantik

Bulan 8 ni dah nak masuk 27 tahun. Terasa diri makin tua. Dulu aku pelik kenapa banyak sangat iklan produk anti-penuaan. Sekarang baru tahu kenapa. Yang namanya perempuan memang takut tua kot. Dah nak masuk 3 series ni aku pon makin risau akan penuaan. Macam-macam nak kena jaga. Kecantikan luar dan dalam gitew. Jadinya, macam-macam la kena telan.

Antara produk yang aku ambil skarang


Maajun Anggun Bistari
Sebenarnya baru jer try maajun ni selepas membaca testimoni yang memberasangkan. Huhu... Tujuan utama nak regularkan period yang tak stabil. Selain tu antara khasiat maajun ni:

- Family planning/menjarak kehamilan/merancang keluarga.
- Merawat keputihan yg teruk.
- Menjaga peranakan - menyempitkan faraj wanita.
- Membuang darah kotor/toksin melalui period.
- Menstabil hormon kewanitaan dlm badan-mencantikan kulit.
- Menormal & teraturkan period setiap bulan.
- Mencantik & menegangkan payu dara.
- Melancarkan perjalanan darah.
- Melawaskan pembuangan air besar - menjaga usus.
- Menambah tenaga sepanjang hari.
- Mengawal kolestrol dalam darah.
- Menurun & mengawal berat badan.
- Awet muda

Haa.. Tengok yang last tu. Awet muda ngko! Selain tu sangat disarankan untuk yang nak merancang keluarga secara tradisional.Yang susah dapat anak pon boleh try (sebab tu aku try*peace*) Maklumat lanjut tanya pakcik Google.


Catalyst Virgin Coconut Oil (VCO) Softgel
Untuk VCO ni aku amek cap Catalyst. Tujuan utama sebab nak hilangkan jerawat dan parut. Sekarang dah masuk botol ke-2. Antara kelebihan VCO:

- Menghilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita yang hamil.
- Tiada masalah keputihan ketika hamil.
- Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak, dan kering.
- Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
- Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.
- Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental
- Jerawat cepat susut
- Mengelakkan penuaan awal dan kedutan kulit.
- Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang dan lembut

Banyak lagi kelebihannya. Tapi aku listkan yang cantik-cantik je. Hehe... Macam biasa maklumat lanjut sila Google!

Catalyst Collagen
Collagen ni dah jadi makanan wajib wanita zaman sekarang kot. Terutamanya kepada wanita yang risaukan kedutan dan penuaan macam aku. Haha... Kat pasaran pon macam-macam jenis ada. Pandai-pandai la pilih. Antara kelebihan collagen Catalyst:

- Mengembalikan kesegaran dan keremajaan kulit.
- Mengatasi masalah kulit kusam, kering dan berkedut.
- Membantu melicinkan tumit merekah dan kuku malap.
- Menyuburkan rambut agar kelihatan lebat dan berkilau.
- Membantu mengaktifkan semua metabolisme tisu-tisu tubuh ketahap maksima.
- Mengatasi masalah kulit berminyak.
- Dapat mengurangkan masalah jerawat 
- Dapat mengurangkan parut-parut yang ada dikulit.
- Badan akan rasa lebih cergas dan bertenaga.

- Minda lebih cergas dan pergerakan anggota badan menjadi lebih lancar

Clenx Tea
Teh untuk slim dan detox cap NH Detoxlim. Teh ni dah makan selama 3 bulan kot (tapi ada jugak ponteng). Sangat sesuai untuk aku yang kuat sembelit ni. Minum teh ni rasa colon sangat la bersih. Cewahh... At the same time dapat jugak maintain berat badan supaya tak gemuk sangat walaupon selera makan membuak-buak macam singa akibat makan VCO. Ada orang yang minum teh ni tak boleh tahan bila memulas. Tapi bagi aku ok je. Boleh dikawal lagi tahap pulasan-nye. Haha...
Antara kelebihan teh ni (yang di copy-paste dari sumber seperti diatas):

  • Reduces body weight and maintains an ideal body shape
  • Stimulates peristaltic bowel movement to remove excessive toxins, fat and cholesterol
  • Relieves constipation, flatulence and bloated tummy
  • Improves the functions of detoxification organs
  • Strengthens immunity
  • Improves face complexion
  • Promotes radiant beauty and health from within
Itulah empat supplement yang aku ambil skarang. Boleh nampak kan semuanya untuk sihat, cantik dan muda. Empat tu pon dah tak tau nak makan waktu bila. Skarang ni lepas breakfast minum clenx tea, tengah hari sikit makan collagen, malam nak tidur makan MAB & VCO sekaligus. Bulan puasa nanti kena atur balik waktu makan supplement ni. Kos untuk cantik sebulan mau dekat RM150. Adeh laa... Nak cantik punya pasal.

Kesimpulannya nak cantik kena sanggup berbelanja dan yang paling penting kena rajin. Kalau rajin beli je makannye tidak, takde maknanye. Tapi kadang-kadang aku pon macam tu. Sebab tu tak cantik. Huhu... Ok la tu kan dari perasan cantik. Tak kose mak!

0 chocolate bar left:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...