Monday, July 9, 2012

Jual Barang Di Mudah.my - Please Be Careful!

Tiba-tiba rasa nak share pengalaman aku yang hampir ditipu semasa cuba menjual barang di Mudah.my. Bukan sekali, tapi dua kali. Nasib baik aku ni belajar dari pengalaman supaya berhati-hati agar tidak di tipu. Heh! Jadi masih terselamat lagi la dari jadi mangsa 'sindiket' penipuan antarabangsa ni (memang diorang bukan orang Malaysia).

Cara-cara penipuan:
1. Akan text/SMS kita guna free SMS services macam guna YM or lain-lain web SMS yg free bagitau dia berminat nak beli barang yang kita advertised kat Mudah.my
2. Akan gunakan nama macam orang Malaysia. Like me nama yang dia guna Norsiah & yg second time tu ingat plak nama apa. Tapi nama Melayu
3. Akan mintak kita reply to email dia which is email ala-ala email Malaysia jugak
4. Bila kita reply dia akan cakap dia sebenarnya kat US/UK dan beli barang tu untuk orang lain. Masa first aku kena dia cakap dia kat UK and nak beli untuk suami dia kat Filipina. Second time dia cakap dia kat US dan nak beli barang tu untuk kawan dia kat UK.
5. Menurut email tu lagi dia akan bayar melalui bank transfer
6. Akan hantar orang untuk tengok dan ambil barang tu

Sampai situ saja yang aku tau. Sebabnya lepas tu aku email kat dia yang aku hanya berurusan dengan orang dalam Malaysia saja. Tak tau kalau aku betul-betul percaya macam mana jadinya. Aku share ni sebagai peringatan kepada orang lain supaya tak mudah tertipu. Kadang-kadang bila kita menjual mesti teruja bila ada orang nak membeli kan. So keterujaan itu meyebabkan kita hilang pertimbangan. Sebab tu banyak kes penipuan kat Malaysia ni.

Lagi satu pesan to all, apa-apa pon please GOOGLE! Semua benda ada kat Google. That's why I love Uncle Google very much. Huhu...

9 comments:

  1. a'ah tu..kena berhati-hati...nak beli online..seeloknya jumpa face to face juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol tu.sy pon prefer COD kalau beli kat Mudah

      Delete
  2. salam...Takut gak kan,so pasni kena hati2 lar.Rajen gak bukak mudah.com ni:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg nak membeli lg la ramai kena tipu kot.bila google ramai dah terkena.yg menjual mungkin jarang2.

      Delete
  3. oo baru tau..nsb bek masa aku jual brg aku ari tu sold out sehari je..tu tk de la berdpn dgn org2 cm ni

    ReplyDelete
  4. Kalau teruja sangat pasti kena tipu. Alhamdulillah, syukur sebab masih ada pertimbangan. Penipu ni ayat memang manis.

    Terima kasih sebab berkongsi. Satu peringatan berguna :)

    ReplyDelete
  5. Time kasih bkongsi info ni..sy pun dpt email dr outsider yg emailnya lebih kurg sm dgn apa yg awk crita..tp lps dia reply email sy..sy rsmcm smthig wrong..trus delete email dia..
    Tellingstory11.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Baru tadi ada orang guna norsiapuj@gmail.com from UK nak beli barang utk suami di Myanmar. Sama je semua, siap kata agent dtg la. Thanks, yr blog helps a lot!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...