Thursday, July 19, 2012

Persiapan Sambut Puasa

Haa... Hari Sabtu ni dah nak puasa. Macam mana persiapan nak sambut puasa ni?
Persiapan dari segi mental dan fizikal. Dah sedia ke nak puasa. Ada lagi ke yang tak habis ganti puasa tahun lepas? Kalau ada masa kecederaan pon dah tak dan nak bayar ni. Carry forward je la ye? Yang asyik makan banyak sebelum ni (macam aku ni) kena kuatkan perut la. Harap-harap bulan puasa tak de la penyakit tiba-tiba-gastrik. Hehe... 

Persiapan barang dapur macam mana? Aku ni tak membeli apa lagi. Barang kat rumah pon dah takde sebab dah lama off dari jadi tukang masak. Asyik amek job tukang perangat je. Kuikuikui... Bulan puasa ni yang harus ada kat dapur ialah telur masin. Dari kecik kalau sahur mesti nak ada telur masin. Paling suka telur masin yang kuningnye cair sikit. Yummeh...! Kadang-kadang sampai berebut adik-beradik. 

Kalau persiapan puasa tak siap lagi, persiapan raya haruslah tidak jugak. Tema pon tak tau lagi. Nampaknya beli yang ready made aje la. Sob..sob.. Harap-harap ada la saiz aku. Dulu boleh la pakai baju yang kat patung. La ni alignment dah lari, nak cari saiz pon susah ;(

Kepada semua kawan-kawan:


doodle hasil kreatif MamaArina.thnx for sharing :)

14 comments:

  1. selamat berpuasa. sama kla dengan saya, kalau puasa mak mesti rebuskan telur masin, makan dengan nasi panas :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu je kot yg buat berselera sikit nak sahur

      Delete
  2. selamat menyambut Ramadhan al Mubarak ^_^
    semoga kali ni lbh baik dari sblmnye

    ReplyDelete
  3. xprepare jgk ^^ xtau sahur esk atau lusa nak mkn ape

    ReplyDelete
  4. selamat menyambut ramadhan jugak sis ;-)

    ReplyDelete
  5. selamat berposa..aku thn ni tk excited nk raya pun ...sbb nebes nk berank hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hg dah dengaq cerita aina ka?lg neves jadinya.haha...

      Delete
  6. masa akak balik kelantan hari itu..akak beli telur masin, ikan bilis dan ikang kering..lauk begini jer yg laku bila bersahur..

    selamat menyambut bulan ramadhan

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol tu kak.lauk canggih2 tak jalan time sahur.

      Selamat menyambut ramadhan utk akak jgk :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...