Thursday, August 30, 2012

Cerita Ceriti Raya

Tak dapat nak upload gambar raya sebab semua gambar dalam camera abang ipar. Belum dapat lagi. Mungkin raya tahun depan baru dapat kot (kotnye dapat la.haha...). Bab gambar ni pon sedih jugak sebab time orang sibuk dok berposing Naufal tido. So takde la gambar rasmi ngan Naufal. Aku pon bergambar dengan muka bangun tido (sebab menidokan diri lepas tidokan Naufal)

Tahun ni beraya kat Perak dulu (lagi) sebab kononnya nak beraya kat Kedah lama sikit. Tapi haram. Dok rumah je. Mana pon tak pegi sebab malas nak dok dalam jem. Kampung aku tu dah maju sama taraf ngan KL ngko! Dok rumah mentido je kojenye. Dalam tak pegi mana pon dapat banyak jugak duit raya si Naufal ni. Kalau berjalan mau berat henbeg ibu ngendong duit dia. Kuikuikui....

Selain tu dok rumah makan kuih raya dan layan mak ngan kakak aku mengait headband baby. Nak belajar aku tak de bakat bab-bab kerja orang halus ni. Nanti aku upload headband kot-kot ada yang berminat nak beli. Hihi....

Raya ke-5 terpaksa balik Perak semula sebab dah takde orang kat rumah. Adik balik Kelantan, mak hantar kakak aku balik KL. Manja sungguh nak berteman bagai aih! Huhu...

On the way tu singgah beraya ngan heiwan-heiwan kat Zoo Taiping dulu. Ramai jugak orang rupanya. Tak sunyi la heiwan2 ni di hari raya. Hihi...


My heroes!


Muka cuak dengar tok belang mengaum



Madagascar


Bujang susah.hihi...

Tu je gambar yang ada dalam HP. Sempat snap brape keping je sebelum bateri kong.

Selamat hari raya aidilfitri kepada semua kawan-kawan dan blogger2. Kalau buat open house jangan lupe jemput yer!

ps:plz ignore any typo (if any) bcoz its hard to type when ur finger is bigger than the keypad.
posted from Bloggeroid

5 comments:

  1. oh, zoo Taiping.. Slalu jugak g sana dulu :)

    ReplyDelete
  2. hihihihi sempat lagi tuh ke zoo huhuhu

    ReplyDelete
  3. samalah kita takde gambar satu famili masa raya. sempat lagi pergi zoo ya ;)yang penting happykan?

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya dan selamat hari merdeka...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...