Thursday, September 20, 2012

Buai dan Puting Untuk Bayi

Mood nak menghupdate blog di pagi buta. At 1 am on PLUS hiway lagi sambil mood bercoti-coti. Dengan running nose ni harap dapat tukar AL jadi MC. Bos jangan jeles naa... Sain sudah!

Mesti ramai mak-mak or mostly bakal mak-mak tertanya-tanya sama ada perlu ke tak buai dan puting ni kan. Ikutkan majoriti rasanya ramai yang tak nak ajar buai dan puting pada anak. Sebabnya takut susah nak handle or susah nak stop. Bayangkan la kalau anak asyik nak berbuai. Ke mana-mana kena la angkut buai tu. Leceh kan? Aku dah merasa dulu. Tapi nasib baik Naufal berbuai sampai umur 8 bulan je. Lepas tu dia sendiri tak nak tido buai.

Mula-mula memang fikir taknak ajar buai. Tapi bila dia asyik meragam, semua serba tak kena my MIL cakap pegi amek buai kat rumah Abg Di (my BIL). Lepas tu terus elok je. Nak tido pon senang. Nak-nak guna buai letrik pulak. Senang keje aku. Ikutkan mak aku pon memang tak suka ajar buai ni. Bila cerita yang Naufal terus ok bila berbuai, dia tanya ada sesape ke cakap nak bagi buai? Aku cakap memang ada la sebab my BIL awal-awal lagi dah offer buai. Aku je yang taknak. Mak cakap patut la. Macam baby tu tau pulak kan orang nak bagi dia buai. Tak dapat nangis la. Huhu... Tak tau la betul ke tak.

So pada mak-mak yang masih tak pasti nak bagi buai ke tak, tengok la keadaan dulu. Kalau baby tu elok je boleh tido celah ketiak maknye sambil mengempeng, toksah la susah-susah beli buai. Kalau baby tu serba tak kena pulak, ko try le bagi buai. Kotnye ok. Budak-budak ni tak sama ragamnya. Yang buat mak-mak takut nak berbuai takut anaknye taknak tido bawah langsung. Macam anak my uncle. Gila melalak dalam kereta sebab nak tido buai. Tak ke haru gitu?

Sama jugak macam puting. Aku ni ikut sebelah mak aku. Tak suke buai ngn puting ni. Sebelah AN suka sangat mensuggest. Haha... Mula-mula memang taknak bagi Naufal puting. Tapi bila dia asyik nangis tu, letak dalam buai pon taknak jugak AN try sumbat la. Dapat je terus diam.

Naufal pulak memuting time nak tido je. Bila dah umur dia nak masuk dua tahun ni aku dah pening. Macam mana la nak stop puting ni. Takut pulak tak boleh tido kang, parah aku. Tapi nasib baik sejak awal puasa haritu dia sendiri yang taknak puting. Senang keje aku. Kalau nak dah bercadang-cadang nak letak asam la, kopi la, potong puting separuh la. Alhamdulillah, Naufal ni senang bela kate my MIL. Dua-dua puting ngan buai dia yang stop sendiri.

So kepada mak-mak yang anaknye dok menangis tanpa sebab tu boleh try bagi buai or puting dulu kot sebelum pegi jumpa bomoh ( what the?). Ko tak yah nak tahan-tahan taknak bagi sebab takut jadik Jo ke ape. Klo dia dah nak tu tak dapek den nolong ea. Tapi kalau dah berbuai, dah memuting pon taknak jugak, ada la benda lain tu. Jangan biarkan hidup anak anda diselubungi misteri. Hihihi...

2 comments:

  1. best nye bile ade baby kan...hehe..tapi aku tak kawen lagi..;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best walaupon penat.huhu...cepat le kawen!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...