Saturday, September 29, 2012

Perlu Ke Tukar Kerajaan?

Selesai sudah belanjawan 2013. So cane? Puas ati ke tak? Yang tau bersyukur mesti puas hati. Yang bangsa tak reti bersyukur tu aku tak tau nak cakap apa la. Tunggu PM umum rumah emas sorang satu kot baru puas ati. Ye la. Kan namanya pembangkang. Orang cakap satu tambah satu dua pon kalau boleh dia nak bangkang.

Agaknya macam mana la jadi PM kan. Susah nak puaskan hati semua orang ni. Dalam organisasi kita bahkan dalam keluarga sendiri pon kadang-kadang tak terjaga. Sebagai mak/ayah pon belum tentu dapat puaskan/tunaikan permintaan anak-anak. Inikan pulak sorang PM nak jaga hati rakyat Malaysia yang berjuta-juta ni. Kena pulak rakyat Malaysia yang terkenal dengan mentaliti murah-subsidi-percuma ni. Serba tak kena dibuatnya. Heh!

Mungkin apa yang aku nampak tak sama dengan apa orang yang suka bangkang nampak. Ada jugak aku tanya orang suka bangkang tu apa yang tak puas hatinya. Apa tak kena dengan kepimpinan sekarang ni. Tapi penjelasan tu belum cukup kuat
untuk buat aku tukar kepimpinan yang ada. Pada aku asalkan hidup aman damai, dapat kekalkan apa yang ada sekarang ni pon dah cukup bagus. Selfish tak statement aku?

Cuba bayangkan kalau kepimpinan bertukar. Boleh jamin ke apa yang kita nikmati sekarang akan kekal? Kalau kekal atau mungkin lebih baik takpe. Buatnya makin teruk dengan campur tangan bukan Islam macam mana? Bila dah berkuasa macam-macam boleh jadi. Dengan kuasa tak susah nak tukar demokrasi kepada monarki cek oii. Kuasa kat tangan aku, suka hati aku la kan? Masa tu hampa cakap apa pon tak guna dah. Nak dapatkan balik macam keadaan sekarang ni kena la merusuh macam kat Syiria nun. Jadi kuasa bukan sesuatu yang kita boleh test-test naa. Paham? :p

Untuk yang asyik mintak subsidi, air nak free, petrol taknak beli tu boleh la try fully subsidized anak sendiri dulu. Cakap kat anak: tak pa nak. Tak payah belajar tinggi-tinggi, ayah ada buleh bagi subsidi. Belakang rumah kita ada gunung emas. Nanti hari-hari ayah tarah. Ate kalo hari-hari tarah tapi tak da usaha nak tambun balik tak ke habis nanti? Jadi jangan ingat semua benda nak dapat senang-senang tanpa usaha. Islam pon tak suruh kita meminta-minta. Ini tak. Guna air kuat tapi taknak bayar bil. Banyak lawa? Kalau kita usaha InsyaAllah, Allah bagi. Mintak dengan Allah bukan dengan PM. Huhu... Ko mintak macam-macam dari negara, ko sumbang apa kat negara ni? Tengok macam DLCW ngan Padalela. Nampak sumbangannya pada negara. So dapat la habuan setimpal. Itu pon ada jugak yang bercakap tak puas hati. Yang ko kat blakang ni tau bising macam tin kosong tu, apa yang ko harap negara nak bagi kat ko? Sumbang populasi rakyat ada la. Itupon kerajaan dah bagi yuran free, subsidi buku. So takyah takut nak tambah populasi lagi.

Lagi satu, benda bila senang dapat kita takkan hargai. Dah dapat air free, kita tak heran dah kalau air melimpah dalam kolah berjam-jam. Free kan? Biar la. Bila belajar free pulak semangat nak belajar sungguh-sungguh pon kelaut la sebab dah habis belajar tak dapat keje besar pon takpe. Bukan kena bayar balik PTPTN. Kerajaan pon baik hati semua benda bagi subsidi. Jadi generasi kita akan digantikan dengan generasi tak berilmu. Generasi suka meminta-minta, generasi yang membalas dengan demonstrasi jalanan kalau permintaan mereka ditolak. Generasi yang suka memberontak tanpa otak. Nak macam tu? So dapat kurang bayar PTPTN tu pon dah Alhamdulillah. Ada PTPTN pon blajar tak pandai mana. Menyesal aku tak score dean list dulu. Kalau tak mesti takyah bayar PTPTN. Salah sapa tu? Salah kerajaan yang bagi bantuan supaya aku boleh masuk U ke? Jadi bayar jela. Jadi adik-adik kat U tu jangan dok gatai bercintan-cintan. Tak score nanti bising plak macam akak ni bila kena bayar PTPTN. Haha...

Bukan boleh ajar sangat subsidi2 ni. Naik lemak nanti. Skarang pon dah boleh nampak lemak rakyat Malaysia yang manja ni. Bonus pon aku tak setuju sangat (segan jugak bila Ceupecs mintak bonus.tp kalau masuk akaun amek jugak la.hihi... Tq PM!) Bila dah start bagi sekali orang akan mula berharap. Yang dok slalu simpan duit tiap-tiap bulan beda beli barang skolah anak-anak ujung taun tu mula la setan berbisik: takyah la simpan duit. Hujung taun mesti dapat bonus. Betul tak? Kalau tak betul, takdenye berpusu-pusu orang gi labur duit kat Jalan TAR nu ha bila dapat gaji. Jadi kepada penjawat awam terutamanya, sila muhasabah diri sikit. Apa salahnya balas budi?

Serius la tak dapat bayang macam mana. Aku memang tak reti nak fikir macam orang yang asyik membangkang serba tak kena tu. Mungkin aku ni golongan yang tau bersyukur kot. Baik tak aku? Haha... Maaf la entry serius sangat pulak. Ini hanya pandangan peribadi menggunakan akal aku yang tak panjang mana. Tolong jangan politikkan yer!

3 comments:

  1. Assalam, dalam hal ini ada yang tak puas hati lagi dengan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh PM kita tu... biasalah setiap sesuatu pasti ada kritikan... bagi aku bolehlah, banyak juga faedah yg kita dapat...

    ReplyDelete
  2. hehehe..mmg susah nak puaskan hati semua org. ada yang dah dpt bonus sebulan setengah, masih komen jeles tgk petronas dpt bonus 4-5-6 bulan gaji. bila I cakap, petronas ada exit polisi, ikut merit. tak perform 3 kali, bleh kena terminate terus, haa baru terdiam, (I keja gomen, tp hubby Pet). Tak paham orang tak reti nak bersyukur. bagi, salah, tak bagi salah. huhuhuh. jangan nanti dah terantuk, baru nak terngadah! Eh emo plak :p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...