Thursday, January 3, 2013

Tips and Tricks: The Making of Durian Crepe

Hujung minggu lepas buat projek durian crepe. Asyik mengorder je. Nak jugak try buat. Walaupun resipi nampak simple tapi mencabar jugak nak buat. Kepada yang berura-ura nak buat I would like to share some tips here. Tips and tricks je. Resipi dah merata orang share. Nak sila Google!



1. Dalam resipi semua orang share guna 100ml air. Tapi aku guna almost 450-500ml air. Kalau guna 100ml air tepung macam pekat dan susah nak lenggang jadi nipis. So agak-agak tambahkan air sampai bila uolls lenggang tu senang je tepung tu mengalir ikut bentuk pan.

2. Kalau boleh gunakan non-stick pan yang sederhana besar. Ikut saiz kulit yang kita nak buat supaya senang nak lenggang.

3. Masa nak letakkan tepung dalam pan, pan jangan terlalu panas. Bila pan panas, tepung akan cepat masak dan beku. Akibatnya kulit tak sempat jadi bulat. Aku angkat pan jauh dari api then baru masukkan tepung dan lenggangkan pan.

4. Lepas tu guna api kuat pon takpe sebab kulit nipis je. So kulit cepat masak dan tak hangit pon ;))



5. Paling penting pilih whipping cream yang betul! Mula-mula aku guna whipping cream cap Emborg. Pukul punya pukul whipping cream jadi berketul dan berair. Bila Google baru tau whipping cream ada dua jenis ie dairy n non dairy. Yg Emborg ni dairy whipping cream sebab tu berair. So kalau nak beli pilih yang non-dairy ready to whip whipping cream. My sis beli kat kedai jual barang2 kek sebab susah sangat nak cari kat supermarket.



Hasilnye dapat la durian crepe seperti dibawah
Rasa sama macam durian crepe yang aku pernah beli. Lepas ni nak makan buat sendiri je. Puas sikit makan. Huhu...


Ni kulit yang tak jadi. Kena tambah air n try sampai dapat kulit yang nipis ;p

Selamat Mencuba!

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...