Friday, March 29, 2013

Vietnam: Day 1

Hari Sabtu lepas berpeluang jalan-jalan ke Vietnam (lambatnya nk update kan?) Kitaorang pegi dengan pakej sebab jenis aku tak suka meraba-raba bila pegi jalan. Tambah-tambah pegi tepat orang. Pegi pakej ni naik bas turun bas je. Lagi senang. Huhu...


After checked in. Flight delay 10 minit.



In the aerotrain. First time jugak jejak kaki kat KLIA. Batak tak? lol


Disebabkan flight pukul 5.40 petang, sampai Vietnam pon dah gelap. Waktu kat sana lambat sejam dari Malaysia. Sampai-sampai, naik bas pegi dinner dulu. Restorannye tak ingat nama. Sebab gambar banyak kat my sis. Aku takde mood sangat nak amek-amek gambar ni. Huhu...

Dinner hari pertama. Dah makan baru ingat nak amek gambar. Makanan adalah sangat banyak ok! Sampai tak terhabis. Dan diorang ni memang la tak reti makan pedas kot. Rasa makanan pon bagi aku so-so je. Mungkin tekak orang mengandung kot.

Yang peliknya jejak je kaki kat Vietnam ni terus hilang mabuk. Makan pon boleh je nak sumbat. Itu la orang cakap semangat nak berjalan mengatasi segalanya. Haha... Berbeza sungguh bila balik Malaysia. Tayar fight jejak tanah je aku terus muntah! Serious tak buat-buat punya. Mabuk, loya n takde selera makan pon kembali. Nampak tak musihatnya di situ?

Lepas makan heading to Ha Hien Hotel untuk check in.



Hotel ni belakang Bén Thành Market je. So lepas checked in walaupon penat dengan bersemangatnya p cuci mata dulu. Awai-awai dah beli fridge magnet. Sebab gelojoh dah terkena yang mahai. Kat Mekong dapat RM6 je sepapan.

Ok, tu je kot dulu. Nanti sambung lagi. Gambar dalam hp aku memang sangat limited. Tak dapat nak share banyak-banyak. Gambar eksklusif lambat la nak dapat. Huhu...
posted from Bloggeroid

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...