Friday, April 5, 2013

Vietnam: Day 2 - Cu Chi Tunnel

Lambat jugak nak sambung entry. Skarang susah sangat nak update sebab Naufal sangat pantang nampak ibu dia pegang HP. Mesti nak mintak tengok Youtube or "buu nak jem (game)". Nak tunggu dia tido baru update, masalahnya ibu tido dulu dari dia. Adoilaa... Ni pon update sambil sorok-sorong blakang bantal. Haha...

Ok, sambung cite. Hari kedua awal-awal pagi, pukul 7 dah gerak pegi breakfast. Kali ni makan kat Banana Leaf Restaurant.



My plate


Naufal's plate. Nasib baik Naufal bukan picky eater.


Mommy's plate

Lepas makan gerak ke Cu Chi Tunnel. Perjalanan amek mase lebih dua jam. Klo kat Malaysia kejap je kot sampai. Diorang kat sana boleh bawak 60-70kmj je. Sempat aku melena dua tiga kali. Haha...






Naufal lari jauh sebab takut tengok ayah masuk lubang.


Muka lebih kurang je. lol


Jauhnye kena berjalan dalam hutan ni. Ingatkan dekat je. Berpeluh jugak la.

Sebelum patah balik ayah Naufal siap praktis menembak lagi. Murah je kat sini. 10 peluru AK47 dalam 200k ke 300k dong je.

At the end of journey, sebelum keluar diorang hidangkan ubi rebus n jasmine tea. Konon2 nak rase macam mana orang Vietnam makan mase perang. Kita orang kampung ni tak heran sangat pon ngan ubi rebus tu. Huhu...

Klua dari Cu Chi Tunnel terus pegi lunch kay Restoran Samsudin. Dekat je ngan Cu Chi Tunnel tu.


Kat sini je dapat makan sambal belacan. Dapat la makan ngan pucuk gajus yg aku kutip dalam hutan Cu Chi. Haha... Tak senonoh kan? Tapi keinginan orang pegnen mana boleh tahan-tahan kan? ;p


Lepas lunch n solat bergerak balik ke Saigon. Sampai pon dah petang. Singgah area My Saigon untuk shopping sementara tunggu dinner. Dinner at the same restaurant we had our breakfast.


Starter. Mula-mula ingatkan ni sambal kacang kuda. Rupanya sotong makan dengan roti. Sedap jugak. Then ada keropok makan dengan acar kubis yg sedap :) Dua tu adalah starter sebelum makan nasi.



Lepas dinner baru balik hotel. Bestnya dapat mandi lepas seharian peluh Cu Chi Tunnel melekit kat badan. Huhu... Malamnya apa lagi. Menapak ke Ban Thanh Nite Market la. Kali ni tinggal Naufal kat my mom. Lawas sikit nak shopping. Hihi...

That's it. End of day 2 (",)

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...