Sunday, April 7, 2013

Vietnam: Day 3 - Mekong Delta Tour

Hari ke-3 nak ke Sungai Mekong. Macam biasa awal-awal pagi dah keluar. Bila pegi pakej memang klua pagi balik malam la. Kali ni breakfast kat kedai yang mula-mula kitaorang dinner masa hari first. Kedai ni sebelah je dengan masjid. Or boleh cakap dalam masjid la jugak. Breakfast ape tak ingat la pulak sebab tak amek gambar. Huhu...

Lepas breakfast gerak ke Mekong. Perjalanan agak jauh jugak. Tiga jam lebih kot. On the way tu our tour guide, Miss Han cerita la pasal Vietnam. Bagi kuis segala. Tapi kejap je aku dengar. Lepas tu melena je. Haha... Owh, masa nak ke Mekong ni jugak lalu kat kawasan sawah padi diorang. Boleh nampak dekat tengah bendang ada kubur. Pakcik tour guide cakap diorang buat macam tu sebab tak nak anak-anak jual tanah lepas diorang mati. Orang Malaysia pon boleh buat gitu kalau ada anak yang gila harta. Huhu...

Our your guide, Miss Han Doung

Sampai Mekong dalam pukul 12. Then naik bot ke Unicorn Island. Kat pulau ni terkenal dengan madu, buah-buahan dan pembuatan gula-gula kelapa.






Atas kanan tu Viatnamese tea-tea+madu+limau kasturi+bee pollen. Sedap!Boleh potong lemak katenye. Aku juz beli madu untuk Naufal. Bila balik baru rasa menyesal pulak beli satu je. Madu diorang sangat sedap. Rasa lain sikit dari madu kat sini. Sebelum ni memang aku tak lalu makan madu.

Lepas tengok diorang buat gula-gula pegi makan buah pulak. Ada durian, ciku, betik, mata kucing, nenas n ape tah lagi. Sebab kecur sangat tengok nenas n durian makan jugak sambil berdoa semoga Allah lindungi baby. Sambil makan ada persembahan lagu tradisional Vietnam.

Then nak balik pulak kena ikut jalan jauh. Mula- mula nak marah jugak. Apesal ikut jalan jauh ni. Bot kat depan tu je. Rupa-rupanya nak naik sampan ke bot. Sungai yang kecik tu riuh rendah dan sesak dengan pendayung2 sampan yang ramai. Koboi je naik sampan ngan diorang. Dengan takde life jacketnye. Dah la aku tak reti berenang.


Naufal diam je dalam sampan. Muka dah merah sebab panas. Malamnye terus demam.




Balik ke jeti shopping kejap. Baju n fridge magnet lagi murah kat sini. Lepas tu pegi lunch kat restoran dekat-dekat Mekong tu jugak. Restoran ni pon kat dalam masjid. Elok nak sampai Naufal dah tertido. Sampaikan masa nak mandikan dia boleh tu berdiri sambil pejam mata dengan tersengguk-sengguk. Letih sangat gamaknye.



Banyak sangat lauknye. Tapi aku makan sup n ikan bawal dengan mangga tu je. Sangatlah sedap sebab ada rasa masam2. Macam tak cukup je mangganye.Selera orang mengandung. Huhu...


Lepas lunch balik semula ke Saigon. Sampai dalam pukul 4 petang, singgah muzium perang. Muzium tutup pukul 5. Sangatlah sedih tengok gambar-gambar dalam ni. Orang US yang tengok pon boleh menangis. Baru deme tau betapa jahatnya negara diorang kann... ;p



Gerak dari sini diorang nak p Ben Thanh Market. Semua geram sebab dah masuk hari ketiga duit tak sampai-sampai lagi ke Ben Thanh. Haha... Dapat shopping sejam lebih je sebab pasar ni tutup pukul 6.30.

Lepas tu pegi dinner dan balik ke hotel. Aktiviti malam macam biasa la. Kali ni aku pegi dengan yong je. Sebab Naufal demam ayah kena jaga Naufal kat bilik. Hari-hari terakhir baru shopping gila-gila. Sebab lapaq sangat n teringin nak makan sup Vietnam, Yong pegi tapaukan kat kedai Hjh Basiroh. Balik bilik aku menjinjit barang sorang-sorang sebab Yong nak shopping lagi. Risau jugak jalan sorang-sorang dah pukul12 malam. Nasib baik selamat sampai bilik.

Sampai bilik dengan rakusnya dah terbayang kueh teow sup yang nampak sedap tu. Bila makan it's juz not my taste lah. Tengok kat google ramai cakap sedap sebab tu macam mengidam je. Tak pe la. Yang penting dapat rase. Takde la baby ngences nanti. Hihi...

End of day 3.

2 comments:


  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...