Wednesday, June 5, 2013

Persediaan 2nd Baby

Fuhh..fuhh...(lap peluh dulu). Mengah rasa skarang ni. Ecece... Macam dah cukup hari je kan. Padahal baru masuk 24th week. Kejap je rasa dah 6 bulan. Another 3 month to go. Aiyoo... Tapi tak buat ape-ape preparation pon lagi. Preparation dari segi nafkah zahir (baby dan mak baby) mahupun persediaan mental dan fizikal. Huhu....

Nafkah zahir maksudnya barang-barang keperluan baby dan mak baby masa pantang. Semuanya belum di beli. Takde idea nak beli apa. Bleh cenggitu? Haha... Sebenarnya sebab belum tau gender baby. Kalau dah tau gurgirl mesti tiap-tiap Jumaat panjang je langkahnye kan. Huhu... So tolong doakan Naufal dapat adik pompuan ye kawan-kawan! 

So bila tanya pada yang dah ada second baby then only I got a picture of what to prepare lol.Antara barang yang ada dalam otak:

1. Lampin - sebab lampin Naufal dulu dah berbulu dan dah penuh corak coklat.
2. Baju new born tiga empat lai. Cadangnya nak beli rompers yang comel-comel. Kalau pompuan lagi meroyan memilih baju!
3. Barut - nak cari yang zap on punye supaya senang lekat. Masa Naufal dulu takde berbarut pon sebab barutnye besar sangat.
4. Minyak telon
5. Toileteries
6. Botol susu
7. Set tilam & bantal kekabu baru (KIV sebab ni niat dikala tamak haloba je)

Tu je kot yang ada dalam fikiran sekarang ni. 

Untuk mak baby yang nak berpantang, lagi la tak tau nak prepare apa. Beli jamu-jamu kang memang jemu la aku nak telan. Minggu lepas pon baru kemas buang segala bedak, tapal perut, pilis etc yang beli-tak-guna masa pantangkan Naufal. Kali ni kalau nak beli pon rasanya beli daun-daun kayu untuk mandi je sebab cadangnya nak pantang kat KL je. Cewahh.. Konon-konon la tu ;p Selain dari tu tak tau kot nak beli apa lagi. Kalau ada yang tau please tell me.Cadangan dan aduan dialu-alukan ('_*)

Preparation yang last ni lagi tak tau nak prepare macam mana. Persediaan mental dan fizikal. Hanya mampu berdoa je. Yang mental tu lagi berat sebab ni second baby. Betul la orang cakap anak pertama tak risau sangat sebab tak tau rasa sakit macam mana. Anak kedua ni lagi neves sebab dah pernah rasa sakit. Skarang ni tido malam bila teringat je pasal sakit bersalin tiba-tiba peluh betinaku memercik. Cuak seh! Dalam air-cond pon boleh berpeluh. Semoga Allah memberikan pertolongan kepada hambaNya yang lemah ini. Kau mudahkanlah proses kelahiran anakku Ya Allah! Aminn....

Fizikal plak skarang ni walaupon perut tak besar mana, masih maintain berbaju kurung ke ofis, tapi mengah weh! Malam-malam panasnya takyah cakap (siang ke malam sama je). Hazab nak masak. Dok dapur kejap je dah berpeluh satu muka sampai basah baju (sebab perangai tak senonoh-lap muka dengan baju.haha...) Dua tiga kali jugak nak pitam time tengah masak.Sobb..sobb...

Doakan saya selamat semuanya yer kawan-kawan!

3 comments:

  1. ummi, jangan lupa matenity pad...kekekeke..
    u can do it lahhh...belajaq teran, tahan napas curik napas..kahkahkah...joking!!!

    doa banyak2 okey...in shaa allah semmuanya akan baik2 nanti...amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. takda pad pakai napkin la.haha...teran dah ok kot sbb msa naufal dah kena tegoq tak reti curi napas.kuikuikui...

      Delete
  2. Nak cari set tilam kekabu atau bab cot bedding set ada kat thrielle craft https://www.facebook.com/ThrielleCraft
    Blog thrielle.blogspot.com
    Comel2

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...