Thursday, June 13, 2013

Rendang Ayam Simple Dan Sedap

Menu buka puasa Isnin lepas - rendang ayam. Balik kerja terus campak-campak bahan rendang. Sebelum ni aku rasa rendang tu menu paling susah sebab buat time raya je. Haha... Skarang ni kalau nak senang masak rendang je. Serious paling senang dan yang penting, sedap!



Bahan-bahan (untuk 1/2 ekor ayam):
*6 biji bawang merah
*1 labu bawang putih
*4 batang serai
*1 inci halia
2 sudu besar cili blender
1 sudu kecil serbuk kunyit
Santan (1/2 biji kelapa)
Daun kunyit
Garam & gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Mayang halus bahan-bahan bertanda *. Serai tu kalau rasa pisau gelong tak boleh nak potong halus boleh tumbuk bagi hancur sikit
2. Masukkan ayam, bahan-bahan * yang telah di mayang halus, cili blender (kalau nak pedas boleh letak lebih lagi), kunyit (boleh juga guna kunyit hidup) dan santan ke dalam kuali.
3. Agak santan nak kering masukkan daun kunyit. Yang ni tak sure patut lebur skali ke tak sebab tu aku letak last-last.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Masak sampai kering.


Kate orang Perak lebur je semua dalam kuali :)

Easy peasy kan? Rasa macam hari-hari nak masak rendang lol

Sementara tunggu rendang kering sempat lagi buat caramel kencing manis ni ha. Lepas berbuka baru rasa. Huyaii...manis beluncas kata orang Kedah. Lama gila tak buat. Last buat masa mengandungkan Naufal je. Skarang nak keluar adik Naufal baru nak buat balik. Huhu...

3 comments:

  1. baiklah.. terus lapar dan berbunyi-bunyi perut ni.hehehe

    ReplyDelete
  2. terus tekak ni jadi gedik nak rendang.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak raya dah ni.nnt bleh makan puas2.huhu...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...