Friday, July 26, 2013

Masak Tempoyak Daun Kayu

Semalam tercapai jugak hajat nak buat daun kayu masak tempoyak. Sebenarnya takde la guna daun kayu sangat. Setakat daun ubi kayu yang kat KL ni memang daun keras macam kayu yang diorang jual. Haha... 

Tak tau la kenapa sejak mengandung ni macam-macam pulak mengidam nak masak. Mengidam makan tu tak sangat la. Cuma asyik teringin nak masak itu ini (cewahh...ayat bajet tunjuk rajin lettew!) So, dah boleh agak kot baby ape yer? Hihihi...

Walaupon tiap-tiap kali puasa my aunty in law mesti akan bagi masak tempoyak ni, tapi nak jugak buat sendiri. Mengidam katenyer kan.

Hari Rabu pergi cari daun kat Chow Kit. Daun kaduk tak masukkan sebab aku tak pernah makan. Pucuk labu pulak macam takut nak makan sebab nampak berbulu jer. Huhu... So jadiknya daun yang ada hanyalah daun ubi (bukan pucuk ubi yer!) dan daun kunyit aje.

Rupa masa atas api

Bahan-bahan yang aku masukkan: daun ubi kayu, daun kunyit, petai, serai, ikan bilis, santan, tempoyak, cili padi, kunyit hidup, bawang merah & asam keping.

Sebab banyak, harini bawak datang ofis bagi kawan-kawan. Aku nak makan sikit je pon. Walaupon tak sure rasa apa (tapi jadi la...) tetap jugak tak malu nak bagi orang rasa. Huhu....

Ni pulak roti john buat hari Isnin lepas. Ingatkan nak buat hari Ahad tapi jenuh ayah Naufal pusing satu Keramat sampai ke Wangsa Maju mencari roti, tak jumpe-jumpe. Huhu... Nak buat cane orang skarang dah rajin masak lol

 Buat sendiri lagi puas hati dari beli kan?

2 comments:

  1. wei sedap masak lemak tu oiiiiiiiii...huwaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap weh!try la buat.laki aku puji sedap,boleh juai ni dia ckp.haha...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...