Thursday, September 12, 2013

Dah Boleh Bersalin Dengan Aman

Hi all. Sekarang tengah menunggu hari nak bersalin je. EDD 24/9. Awat la lambat sangat tah. Huhu... Masa Naufal dulu cepat 2 minggu. Adiknye ni malu-malu pulak nak klua. Ibu dah lotih ni. Tiap-tiap minggu wajib MC!

Sepanjang mengandung ni mengidam nak masak macam-macam la pulak. Alhamdulillah ape yang di idamkan dah pon dibuat. So dah boleh beranak dengan aman. Hukhuk.... Ni antara menu yang diidamkan:

Laksa Johor



Baru je buat Isnin lepas. Nasib baik sempat. Huhu... Rasanya ok kot bagi newbies orang Utara ni. Cuma kurang garam je bila makan dengan spegeti tu. Kuah saje ok jer ;)

Microwave Nutella Mug Cake


Kemain lagi naiknye! Letak 4 sudu je pon. Hohoho....

Dah lama teringin nak buat kek. Tapi rumah ai takde oven. Kek kukus memang surrender sebab bila buat asyik bentat (ke bantat eh?). Jadinya try cari resipi kek yang mudah dan terjumpa la resipi kek 2 minit ni. Masak dalam microwave je. Dan memang menjadi. Takyah risau kek jadi keras.

Sagu gula melaka.

Yang ni tak dan amek gambar. Baru buat Selasa lepas untuk majlis makan-makan kat ofis. Ingatkan 1kg sagu tu banyak. Masa mengacau kemain lagi nampak banyak. Rupanya bila dah basuh tinggal cotet je.

Masak lemak tempoyak daun kayu.

Yang ni boleh refer to my previous entry. Buat mase bulan puasa aritu dan bawak datang ofis bagi kawan-kawan.


Siap printscreen testimoni uolls! Haha...

Semua dah siap masak. Rasanya takde teringin nak masak pape dah. Tunggu masa baby klua je. Wish me luck peeps!
posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. bestnye blog..penuh warna warni kehidupan..jemputla ke blog saya yg tak seberapa..:)dan kita bertukar2 link

    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...