Thursday, October 10, 2013

Nama Saya Ayra Az-Zahra

Assalamualaikum...(intro kasi sopan sikit ;p). Lamanya lah tak update blog kan? Terlupa pulak aku ada blog. Nak buat macam mana. Handphone asyik kena conquer ngan Naufal je.

Alhamdulillah, harini dah masuk hari ke-24 aku berpantang. Kali ni agak berdisiplin sikit la pantang aku. Sampai hari ni rajin lagi bertungku walaupon sekali je sehari. Awal-awal pantang siap berstokin, berbengkung, berpilis bagai ngko! Mase pantangkan Naufal tak de pon sume tu sebab tak sakit. Pas bersalin rase cam lepas priod je. Kali ni mak aiii... Sakit weh lepas bersalin. Nak jalan pon takleh laju-laju. Nak bangun dari baring pon kena mengengsot pelan-pelan. Seksa! Kena pulak pantang sendiri. Nak nangis rase. Sobb..sobb... Tapi Alhamdulillah, skarang dah sihat banyak. Berkat minum air sireh hari-hari. Huhu....

Jadi meh saya kenalkan my lil princess, Ayra Az-Zahra:



Day 1, fresh from the womb ;p

D.O.B: 17 Sept 2013
T.O.B: 6.27 am
Weight at birth: 2.76kg

Pengalaman bersalinkan Ayra tak tau nak cakap senang ke tak. Cuma rasa lambatnya si kecik ni nak klua. Mase Naufal 38w dah bersalin. Ayra klua mase 39w+2. Ibunya asyik mengira hari je sebab dah tak larat. 16 sept nasib baik cuti. Aku dah berkira-kira kalau esok (17sept) tak beranak jugak memang dah taknak pegi keje. Dah tak larat nak jalan dari parking yang nala jauh tu. Huhu...

Mungkin Ayra kesian kat ibu dia. So malam 16 Sept tu dah mula rasa perut asyik keras semacam. Tapi aku tak perasan yang tu contraction. Dah nak dekat 3 tahun wei. Lupe dah cane rasa contraction tu. Pukul 1.30 pagi terasa ada air mengalir perlahan kat tuttt... Sama pulak masa pecah air ketuban kat Naufal. Terus call pengasuh Naufal. Dah apehal pulak tak angkat2 fon akak ni. Mana nak tinggal Naufal ni. Lepas 6-7 kali call baru berangkat. Rupanya anak2 dia silentkan hp. Nasib baik papanye belom tido n perasan hp kat tv.

Lepas hantar Naufal terus pegi PAC HKL. Bila check dah bukak 5cm. Terus kena tolak p labour room. Aku siap tanya kat misi. Kalau tak rase contraction pon kena g labour room gak ke? Pastu misi tanye, perut ade rasa mengeras tak? Aku cakap ada kot. Jarang-jarang. Misi tu jawab, haa...contraction la tu. Serius lupa cane rasa sakit.

Masuk labour room tengok jam dah 2.30 pagi. Contraction memang jarang-jarang. Aku tak dapat nak agak brapa minit skali contraction tu. Macam jadi bodo kejap tak leh nak kira. Boleh gitu?lol kali ni terasa lama sangat dalam labour room. Masa kat Naufal turun pukul 11mlm pukul 1.30 pg dah bersalin. Pukul 5.30 doc check still 5cm. Dengar macam doc tu cakap nak incuce. Benda paling aku nak elak masa bersalin is kena induce n czer. Aku tanya kat sister yang jaga aku tu. Kena induce ke? Dia cakap masuk ape tah nak bagi cepat buka jalan. So aku tak tau la air tu kira induce ke tak.

Tapi lepas setengah jam masuk air tu mak aii....sakitnye. Terus rasa contraction kuat yang lama tu. Sister tu cakap kalau tak tahan mengiring biar hasben urut pinggang bila rasa contraction. Memang lega sikit. Tapi still sakit la sampai nangis-nangis mak! Time tu siap cakap kat Ayah Naufal dah la. Ni last. Tak tahan dah. Huhu...

Pukul 6 lebih sister tu cakap nak p smayang dulu. Dia bajet dalam kol7 kot baru bersalin. Dia siap pesan kalau rasa nak teran jerit kuat sikit. Tak lama pas tu aku dah rasa nak terberak tapi kejap je pastu hilang. Ish, nak push ke tak ni. Lepas tu rasa lagi. Kali ke3 rasa cepat-cepat soh ayah naufal panggil misi. Kelam kabut sorang misi tu mai check. Tengok dah buka 7cm. Tapi lepas tu hilang. Kali ke4 memang rase nak terberak sangat. Sister tadi pon dh datang balik, kelam kabut baru aku nak mengangkang. Elok nak teran aih, jap-jap sister dah tak rasa pulak. Sister tu cakap jangan kalut2. Hahaa...Kali ke5 baru betol2 terberakkan Ayra. Nasib baik baby kecik je. Sekali tarik nafas panjang, sekali curi nafas dah klua. Kira dua kali teran je la.

Lepas Ayra klua sister tu cakap ok takyah teran dah. Tapi aku still rasa nak terberak lagi. Aku teran jugak. Rase air melimpah klua. Dengar siater tu cakap emphhh...Sori la sister. Tak tahan lorr... Huhu...

Lepas tu ingat dapat la tido mase sister tu dok menjahit. Tapi tak boleh sebab still dok rasa contraction tu. Sakitnya lah! Masa Naufal, memang aku tido tak sedaq habaq masa sister tu tengah jahit. Lepas bersalin tak rasa apa dah. Kali ni memang teruk sakit. Siap jahit dalam pukul 7 sister tu cakap rehat dulu. Nanti baru bf baby. Sebelum sister tu tinggal lupe plak nak mintak makan. Aku dah la menahan lapar dari semalam. Tah pukul berapa aku siap muntah la dalam labour room tu. Misi sorang pon tak masuk tengok. Kat luar dengar kecoh2 macam semua orang bz je. Nampak sorang misi aku lambai tangan panggil nak bgtau aku muntah sebab lapar. Tapi dia buat bodo je.

Pukul 9 lebih ada misi bawak masuk Ayra. Aku cakap la aku lapar. Dah muntah pon tadi. Dia cakap patut wad hantar makan. Ni dh pukul 9 lebih tak tau ada makanan lg ke tak. Kalau takde nanti saya mintak diorang buatkan milo. Elok dia nak klua ada orang wad hantar makanan. Lega mak! Lepas makan baru bf Ayra. Naik wad rase dah pukul 10 lebih. Pengalaman lamanye kat labour room compared to masa lahirkan Naufal.

Kesimpulannya aku rasa senang jugak nak lahirkan Ayra ni. Cumanya seksa menahan sakit lepas bersalin. Ok, sampai sini dulu. Nanti sambung lagi cerita aku berdrama swasta kat wad. Haha...


Ayra Day 9th


Abang jaga adik


Eypp...sopan sikit tido tu Ayra!
posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. segak aihh anak dara hang...
    weii, abg Naufal tu menten gebu sungguhh...
    selamat berpantang ummi, jangan ngelat2 pantang tuu..pakai stoking sampai habis pantang 44 hari...
    kahkahkah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...