Monday, December 9, 2013

Petua Banyakkan Susu - Mudah & Murah

Salam hari Isnin semua ;) Saat ini saya sedang menikmati hari-hari terakhir sebagai suri rumah. How time flies! Cepat je 3 bulan berlalu. Isnin depan sudah harus kembali ke kantor. Adoyaii... Gimana harus ku hadapi in? Tabah in hati ini Ya Allah...(drama swasta 15 episod jap ;p)

Ok, kembali ke pangkal jalan kita tadi. Sebenaqnya nak share petua banyakkan susu yang aku amalkan sepanjang 3 bulan ni. Petua yang mudah dan murah. Toksah dok baziaq doit p cari supplement mahai-mahai aih. Kalau banyak duit apa salahnya kan. Alternatif masing-masing.

Masa Ayra nak masuk 2 bulan susu macam drop sikit right after aku beli deep freezer. Gelabah la jugak. Apehal ni. Nak buat lawak ke ape. Aku dah la baru mengurangkan space kat umah bungalow 4 tengkat aku ni. Jangan buat hal. Rugi kang beli freezer bagai. So try jugak beli Shaklee well-known-milk-booster-supplement. Alhamdulillah, banyak balik susu. Tapi dah namanya jenis pemalas nak makan ubat memang tak tahan lama la. Plus aku dengan Shaklee ni memang kalah. Bila makan letih semacam even dah minum banyak air. So try la petua mudah dan murah ni. Buat masa ni aku hanya gunakan ini sebagai milk booster:

 source: google


Yes, its fenugreek aka halba. Aku siap amek gambaq sebab tau bila aku cakap halba mesti ada sorang dua akan tanya cemane rupa paras halba tu. Nak-nak ibu-ibu muda baru anak sorang tu. Yang anak dua pon ada je yang tak kenal (u know who u are.haha
..)

Caranya masukkan 4-5 or 5-6 or 6-7 (ikut suke mengkome) biji halba in your daily drinking water. Pastu buat tak tau je sambil minum air tu. Macam aku, aku biar 2-3 hari baru tukar letak halba baru.


Nak tau rasa ape air tu? Takde rasa apa pon. Cuma bau halba je. Takde hal nak minum.

Sebenarnya petua ni mak aku yang bagi. Baru tahun ni dia bagi petua yang betul. Masa kat Naufal dulu ibuku telah memperdayakan aku dengan memberi petua yang salah. Sampai hati mak. Lama jugak cheq gagah minum ayaq halba rebus tau. Dahla tak menjadi sangat. Seksa! Haha...

Mula-mula try macam tak berkesan. Then aku figure out, oh mungkin sebab halba ni dah masuk tahun ketiga ia bermastautin kat dapur aku (gile lama simpan kan?) sebab tu tak berkesan. Lepas beli halba baru then baru nampak hasilnya. So uolls kalau nak try sila p beli halba baru ye! Huhu...

Hasil selama hampir 3 bulan

Freezer 120 liter pon dah nak penuh. Dah banyak sangat sampai takde tempat pulak nak letak. Buat mase ni Ayra minum 2 botol je sehari. Stok masuk 6-8 botol. Acaner?


Dalam peti ais tak boleh letak bebanyak sebab suamiku sangat rajin memenuhkan peti dengan lauk pauk. Nak buang sikit takut peristiwa lama berulang kembali. Dilema!

Kepada yang tengah susah hati susu dah drop tu, boleh la cuba petua ni. Tak tau dah ade orang share ke tak petua ni sebab aku tak google pon sebelum menulis entry ni ;p

Selamat mencuba! Wish me luck & semoga Allah murahkan rezeki Ayra. Semoga boleh lulus kali ni. Jangan kantoi di tengah jalan sudah.
posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. good luck umi,kegigihan yang berbaloi...
    aku nak tiru jugak next baby..kekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Caiyokk linda.taun depan cuti 3 bln plak.best woo...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...