Friday, July 4, 2014

Bundle Update

Assalamualikum... Salam Ramadhan untuk semua.

Ya Allah, lamanya tak update! Agaknya bila dah anak dua cenggitu la gayanya. Baru anak dua dah tak dan itu ini. Masa yang ada diperuntukan untuk rehat dan tido aje. Hukhuk... Nak update jugak sebab kesian Ayra kalau jumpa blog ibu nanti takde pon crita dia. Asyik baca crita abang je. Boleh gitu?

Kejapnya masa berlalu. Ayra si pumpkin dah nak masuk 10 month old bulan ni. How time flies kan? 


Budak haluih yang tottaly different la dengan abangnya. Abang kuat makan. Dia susah makan. Ibu bersungguh-sungguh masak sampai join group bagai, bangun pagi masak tapi dia taknak makan. BS sampai cakap "awak takyah masak la.buat penat je". Dah skarang ni memang tak masak la BS cakap dia makan bubur si Qiesya, sorang lagi baby yang BS jaga tu. Kalau yang orang tu nak sangat la. Padahal sama je pon bubur yang ibu masak >.<

Walaupon haluih, makan kurang, tapi aktifnya kemain. Abang dulu takde pon aktif macam ni. BS pon cakap tak larat nak kutip dia. haha... Pantang letak bawah kejap je dia merayap, memanjat. Skarang ni dah pandai merap, pantang nampak ibu memang nak berdukung, tak mau kat orang la. Dan lagi dah pandai nak mengikut orang. Kalau tengok orang pakai cantik-cantik, duduk luar pintu ibu nak amek memang dia buat tak nampak. Juai mahai! Akai kemain noh!

Ni gambar pegi holiday ka Penang masa cuti skolah bulan lima aritu. Orang Kedan p holiday kat Penang macam takda feel ja. Haha... Walaupon duduk tepi pantai, depa tak merasa pon mandi pantai. Ayra lagi la. Ombak kena kaki dah menangis. Takut.



Tiga hari kat Penang pegi melawat dua tempat je. Bukit Bendera & Made In Penang Interactive Museum (MIPIM). Aku panggil muzium 3D je. Sebab tu malas nak berjalan time cuti sekolah. Masa banyak habis atas jalan je. Nak queue naik Bukit bendera dah lebih sejam. Tapi pegi jugak la sebab last pegi rasanya masa aku 4 ke 5 tahun. Naik dalam train depa punya sumbat rasa macam tak cukup nafas. Dengan air cond tak rasa. Yang tak tahan boleh pitam kot. 


Gemuksnya mak! :(


Abang Naufal a.k.a abang Apan pon dah besaq. I mean, memang BESAQ. Orang yang tengok ingat dia dah darjah satu. Mana taknya. Kadang2 makan nasi sampai 4 pinggan. Dah start pegi tadika sebab mama yang jaga dia dah pindah. Kesian jugak anto skolah awal-awal. Takut dia boring nanti. Tapi ada kawan aku buka taska dia cakap umur 4 tahun adalah masa yang paling sesuai untuk anto anak ke tadika. Mentality orang Malaysia je yang cakap tak sesuai tu. Ikutkan aje lah. Dari dok melompat saja kat rumah kan. huhu...


Rasanya itu aje. Wish u all selamat berpuasa dan selamat hari raya, maaf zahir batin. Wish sesiap sebab takut next update will be on Ramadhan next year. huhu...

3 comments:

  1. Ummi..putih2 gebu sungguh anak hang weii...geram tengokkkkk..

    ReplyDelete
  2. geram mai gigit la.hihi...Tapi Ayra tak segebu abang.

    ReplyDelete
  3. amboi..bestnya hampa jalan pi penang. kami dok cari info pasal mengasuh. terjumpa pulak blog hang..ingat lagi tak kami ni?? rahimah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...